Wednesday, 23 May 2012

rois

0 comments

Orang kata kalau nak tengok rakyat Mesir beratur, 
satu-satunya waktu adalah waktu nak mengundi selain itu, teramatlah susah :D



Proses pengundian pada hari pertama masih lagi dijalankan walaupun sekitar pukul 5.45 petang.


Doakan kemenangan berpihak kpd calon dan parti Islam.
Semoga ALLAH memberikan Presiden yang bukan sahaja adil utk rakyat Mesir tapi dapat juga dirasai negara Syria, Palestin, seluruh dunia bahkan untuk kita yang sedang mengutip permata di padang pasir ini.

# mediaPERUBATAN



Mereka inilah "tentera Hizbullah" sebenarnya. 
Usaha dan kempen dilakukan semaksimum mungkin. Akhirnya tawakal dan berserah kpd ALLAH. 
Semoga ALLAH kurniakan Mesir seorang Presiden yg bukan sahaja adil utk rakyat Mesir tapi manfaatnya dpt dikecapi oleh negara jirannya, Palestin dan seluruh manusia yg menjadi tetamu di Bumi Kinanah ini.




Sekadar beberapa gambar dan status dari facebook. tak berkesempatan untuk 'menangkap' gambar. malah rasa pelik pun ada, kerana suasana tenang-tenang sahaja. tak seperti hari-hari terdekat sebelum ini, gamat di mana-mana kempen dijalankan, dengan pelbagai cara yang kreatif. 

Seronok. tak pernah melihat sebegitu ramai calon bertanding untuk jawatan 'rois' negara. 

Kata seorang kakak, tak pernah melihat suasana pilihanraya yang begitu sihat, seperti di sini. semua semangat berkempen dengan semangat yang sebenar-benarnya. 

Semalam seorang dukturah bertanya tentang calon pilihan kami. Terdiam sebentar beliau mendengar jawapan kami. Tanyanya lagi, 'kamu  semua Ikhwan...?' semua sengih-sengih aja. :)

Apapun moga semua yang terbaik buat Mesir, Ardhul kinanah dan seisinya.  
Semoga ALLAH kurniakan Mesir seorang Presiden yg bukan sahaja adil utk rakyat Mesir tapi manfaatnya dpt dikecapi oleh negara jirannya, Palestin dan seluruh manusia yg menjadi tetamu di Bumi Kinanah ini.


ps : 
Malaysia pun dengar-dengar makin ber'aura' pilihanraya. Moga yang terbaik juga buat Malaysiaku.



Friday, 18 May 2012

tak penting

0 comments

Dari jauh nampak kelibat dia. Tapi... macam lain tudungnya.

Panjang-panjangkan leher... jenguk jenguk. Betul lah dia. Tudung yang jarang dah bertukar. Cukup syaratnya.

Alhamdulillah, betul dia... Senyum sendiri di dalam hati. Moga perubahan yang istiqomah...

Kata ustaz, Mesir ada macam-macam. Segala-galanya. Mahu pilih jadi Musa atau Firaun, terpulang. Pilihan masing-masing di tangan. Dan alhamdulillah, sepanjang bermastautin hampir tiga tahun di sini, memang Mesir mengajar aku bermacam-macam.

Dan juga aku melihat transformasi mereka-mereka, yang buat aku rasa bahagia. Mereka-mereka, yang terkadang buat aku rasa malu sendiri. Rasa malu pada diri, yang rasa kononnya seperti arnab, ditinggal sang kura-kura. Lelah dalam rasa syok sendiri.

Tiga tahun yang lepas, pernah dia bertanya, "tak rimas ke pakai macam ni?"

Aku dan seorang lagi sahabat senyum sahaja.

Maka sambung dia lagi, "Saya takkan pakai tudung macam ni kot. Kalau macam ni mungkin." Katanya sambil membanding-banding antara kami berdua.

Kami senyum saja. "Tak penting macamana pun tudungnya, yang penting awak tahu awak tutup mana yang perlu secukupnya." Tak mahu dia salah faham, kerana mungkin hati yang lembut untuk berubah asyik tertangguh dek kerana stigma menutup aurat rigid pada bentuk-bentuk tudungnya.

tak penting bagaimana kamu bermula,
asal kamu tahu di mana kunci untuk mencorakkan kamu pada  akhirnya.
Dan hari ini, aku melihat penghijrahannya. Alhamdulillah Ya Rabb...amat pekat tarbiyah di bumi anbiya' ini menyentuh hati-hati penghuninya.

link menarik sini. BerIMAN dan berGAYA :)

*****

jujurnya, apa yang paling aku dapat dari Mesir adalah nilai sebuah KESABARAN.
Bak kata ustaz, 'siapa yang boleh hidup di Mesir, inshaAllah boleh survive di mana-mana saja.'
:)

Selamat Hari Jumaat~

Tuesday, 17 April 2012

'Cotton Castle'

1 comments







Pamukkale = the 'Cotton Castle'



Wednesday, 21 March 2012

yang terindah

0 comments


(setelah mereka berkumpul) mereka berkata : "Hai Musa (pilihlah), apakah kamu yang melemparkan (dahulu) atau kamikah orang yang mula-mula melemparkan?"

Berkata Musa : "Silakan kamu sekalian melemparkan". Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka, terbayang kepada Musa seakan-akan ia merayap cepat, disebabkan sihir mereka.

Maka Musa merasa takut dalam hatinya.

Kami berkata :"Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul (menang).

Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang".

Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata : "Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa".

(Thaha:65-70)



Islam akan menang, sebelum dunia ditamatkan.

Sama ada kau masih, atau sudah tiada, ia akan tetap berlaku.

kerana itu janji Dia.



Istanbul
makam Sultan Muhammad Al-Fateh
~Beliau yang menjawab hadis Rasulullah SAW
tentang sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera,
800 tahun sebelum kemenangannya menawan Constantinopel~





Anitkabir, Ankara, Turki
tempat bersemadi mustafa kamal attarturk
(tak rasa mahu letak capital letter pada namanya)


dan kau sekarang, WAJIB beriman. beriman dengan ketentuanNYA. yakin dengan perancanganNYA.

manis atau pahit, itu yang terbaik, dan yang terindah Dia susun buat kau.



******

begitu berbeza tempat bersemadi kedua-dua 'figure' ini.
namun seorang jasad tidak diterima bumi, seorang lagi makam berbau wangi.

semuanya yang terindah Dia janji buat yang mengikuti jalanNYA . Itu pasti .

Saturday, 3 March 2012

musafir #2 ~harga yang perlu dibayar

2 comments

Perjalanan diteruskan. Kami mengangkat beg ke dalam van yang disediakan untuk menghantar kami ke stesen bas Pamukkale. Kami akan ke Capadoccia malam itu. Bersama-sama kami kelihatan juga sekumpulan pelancong yang kedengaran agak asing bahasa pertuturannya pada kami, dari Brazil rasanya.

Tiba-tiba pakcik Jepun datang bersama dua orang wanita tersebut, bersama beg masing-masing. 'kamu pun ke Capadoccia? destinasi kita sama !'. wah, saya rasa macam tiba-tiba ada 'ayah' pula yang akan mengikuti trip kami ini. Memang, malah di stesen bas pakcik tersebut mencari kami di ruang makan bersebelahan untuk mengingatkan akan bas yang akan sampai tidak lama lagi. Orang negeri matahari terbit memang terbukti sangat menjaga masa !

Oleh kerana cuaca sangat teruk dengan angin kuat dan salji yang sangat tebal, perjalanan kami yang dijadualkan selama 9 jam menjadi 15 jam. kesannya, trip yang sepatutnya kami ikuti dari awal pagi, hanya bermula selepas kami sampai di hotel selepas waktu zohor.

Dengan keadaan yang lapar, kami cuba menguruskan diri secepatnya. berwudu' dan solat jama' taqdim sebolehnya untuk mengelakkan kami ditunggu oleh mereka. Apabila kami menerangkan bahawa kami lambat sedikit kerana menunaikan solat, pakcik tersebut terdiam dan nampak seperti berfikir.

Petang itu kami menjejaki tinggalan penempatan bandar dalam gua. sampai ke suatu ruang menempatkan tinggalan gereja Kristian Ortodok dan Katolik, serta ruang solat orang Islam yang bersebelahan antara satu-satunya. ruang-ruang tersebut dahulunya mempunyai lubang melaluinya, membuktikan keharmonian hidup mereka walaupun berbeza agama. Namun, setelah satu pertengkaran yang berlaku antara Kristian Ortodok dan Katolik, ruang-ruang tersebut ditutup dengan simen, sekaligus memisahkan hidup mereka.

Masuk waktu Asar, azan berkumandang. Alhamdulillah, rasa syukur mendengarnya, kerana suatu masa dulu Turki pernah sunyi dari laungan menuju kejayaan itu. Dek bahana sekularisme, kalimah azan ditukar ke dalam bahasa turki.

'kamu tahu itu laungan apa?' kami tanya pakcik itu, menguji pengetahuannya.
'ya, saya pernah dengar. malah saya terbangun dari tidur kerana mendengarnya.' jawabnya terus terang. hmm, di mana dia mendengarnya, tidak pula kami bertanya.

'kamu seorang Kristian?' tanya salah seorang rakan.
'oh... i'm nothing. Mostly japanese memang tidak mengamalkan mana-mana agama.'

Saya mengangguk dalam hati. Sepasang pelancong Jepun yang kami kenali sebelum itu juga memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai agama. Kadang-kadang mereka ke tokong untuk bersembahyang, apabila berkahwin pula mereka mengadakan majlis di gereja.

Tak hairanlah dia kelihatan sangat berfikir apabila kami berbicara tentang solat, bersungguh-sungguh mengenakan pakaian muslim. malah seringkali membantu menghalau anjing yang berada berhampiran kami, apabila kami sering saja mengelak daripada anjing-anjing yang banyak berkeliaran di situ.

Kami berpisah di Capadoccia, apabila kami bergerak ke Istanbul, manakala mereka bermalam sehari lagi di sana, sebelum ke Bursa.



kisah 5

'Maaf. kami lambat sebab kami solat.' ujar kami sejurus kami masuk ke dalam van. Bimbang kami menimbulkan rasa tidak senang mereka yang lain kerana melewatkan perjalanan.

Semua senyum saja. Alhamdulillah semua berlapang dada. Trip hari itu bermula dengan ceria. Tour guide kami bercerita serba-sedikit tentang Turki dan tempat tersebut. Keramahannya membuat semua berasa selesa. Diceritakan tentang populasi Turki yang hampir 90% penduduknya beragama Islam.

'Kamu muslim?' tanya kami berbasa-basi.
'Ya. kamu solat kan? Bagi kami, agak susah untuk menunaikan solat lima waktu. Saya cuma solat pada hari Jumaat. Negara kami negara yang bebas.' akuinya jujur kepada kami.




kisah 6

Berjalan-jalan di Spice Bazar, Istanbul sambil melihat manisan-manisan Turki yang kelihatannya sama di semua gerai, mata tertarik dengan seorang pakcik berkopiah yang sedang menyusun rempah-ratus di gerainya. sekilas dia mengangkat muka dan tersenyum, mengalu-alukan kami. Hati rasa tertarik, jarang saya nampak orang berkopiah sepanjang sudah beberapa hari di Turki.

Kami singgah sebentar, merasa manisan yang ditawarkan oleh pekerja di situ. Banyak juga yang dibeli, memandangkan harga di situ lebih murah berbanding kedai-kedai lain. Sedang menunggu makanan siap dibungkus vakum, kami berbual bersama seorang pakcik kedai berusia awal 30-an.

Dihulurkan kad kedainya kepada kami. Tertera maklumat lengkap kedai, berserta gambar seorang pahlawan Islam berkuda. Sultan Muhammad Al-Fatih kami kira, sinonim dengan Istanbul, atau dikenali sebagai Constantinopel suatu masa dulu.

'Kamu tahu siapa dia?' tanyanya, sambil menunjuk kepada gambar tersebut.

'Sultan Muhammad Al-Fatih?' teka kami.

'Tak. Itu saya' katanya bergurau.

'Kamu pernah ke Malaysia?' tanya kami.

'Tak, namun sudah tentu saya mahu. Tapi saya dah janji pada diri saya, saya akan pergi ke Makkah menunaikan haji dahulu. selepas itu saya mahu bermusafir ke mana-mana, baru saya boleh pergi.'



Setelah agak lama berbual, seorang rakan bertanya, 'Apa pendapat kamu tentang Attarturk?'

'Attarturk? he's nothing !' jawabnya dengan yakin.

'Ya? tapi kami jumpa ramai orang yang bangga dengannya. Hampir semua tempat menggantung gambarnya.'

'Memang, kerana dari sekolah lagi diajar bahawa dia wira negara.'

Oh... patutlah...

'Dia bawak sekularisme ke sini. Dia jatuhkan sistem khilafah.'

'Saya ajar anak saya supaya benci dia. Cikgu anak saya tak suka saya kerana saya ajar anak saya begitu.'

'Alhamdulillah, kami ingat semua orang di sini sukakan dia. Sekarang baru kami jumpa orang seperti kamu.' balas kami memujinya.

'Tak, ramai saja yang seperti saya sebenarnya di sini. InshaAllah.'

Hati kami jadi berbunga berkesempatan mengenalinya.



*****


Turki dengan kehidupan dan rakyatnya yang persis negara Barat, tak dinafikan nampak sempurna. Bandar yang bersih, taraf hidup yang tinggi, sistem kehidupan yang canggih dan teratur. Namun saya rasa ada kekosongan di suatu sudut.

Hati jadi tawar bila kami hilang arah seketika, tiada yang sudi berhenti menawarkan khidmat pertolongan. Agaknya bahasa yang menjadi halangan, kerana rata-rata mereka tidak berbahasa Inggeris. Namun rasanya tidak perlu terus memalingkan muka apabila mendengar kami bertanya dalam bahasa inggeris...

Hati jadi sendu bila dalam kebanyakan, terlihat wanitanya merokok, waima yang bertudung ataupun tidak. Pemandangan yang tidak pernah dilihat sepanjang tiga tahun bermastautin di Mesir.

Hati jadi sayu tiba-tiba bila azan berkumandang namun masjid-masjid besar lengang dari saf solat. Sedangkan kedai-kedai di Mesir akan segera tutup untuk solat berjemaah usai masuk waktu, walaupun di tepi jalan, walaupun pelanggan masih ada di dalam kedai.


Agaknya inilah harga yang perlu dibayar pada sebuah 'sekularisme' yang bertopengkan 'kemodenan'. Moga yang terbaik buat Turki dan seisinya. Apapun saya tetap rindu akan Turki !


*****

nota 1 : saya menulis bukan untuk memburuk-burukkan, malah banyak sisi baik yang terdapat di Turki. Masih ada tempat yang subur dengan solat jemaahnya. Namun menulis dengan harapan, supaya diri ini lebih bersyukur dan menghargai nikmat Islam dan Iman yang masih dipinjamkanNya.

nota 2 : hari ini 3 Mac. sudah beberapa tahun berlalu sejak kejatuhan Khilafah Islam Uthmaniah di Turki pada 3 Mac 1924. boleh klik sini untuk bacaan lanjut. Alhamdulillah kunjungan ke Muzium Attarturk banyak membuka mata kami untuk menilai sendiri apa yang telah dilakukannya.







 

bertatih di bumiNYA Design by Insight © 2009