Tuesday, 28 February 2012

musafir #1

kisah 1

"what's the problem?" datang seorang auntie tiba-tiba. Agaknya setelah dia melihat kami terkial-kial berbahasa isyarat dengan pakcik kedai makan itu. fuuuh... Alhamdulillah, lega. ada jugak yang pandai berbahasa inggeris rupanya ! apa lagi, macam-macam lah kami tanya auntie itu, terjemahkan perkataan english ke bahasa ibundanya.

tiba-tiba dia berbicara soal agama. "I'm not wearing scarf like you. but i'm very very muslim you know." terkedu kami. kemudian dia menyatakan tentang pelaksanaan agama di negaranya, yang katanya mengamalkan kebebasan. yang muslim, tidak perlu wajib solat bertudung dan sebagainya.

dan reaksinya apabila kami mahu mengambil gambar bersamanya ; "saya rasa kamu akan menghadapi masalah nanti, di negara kamu." (kerana bergambar dengan muslim yang tidak bertudung sepertinya).


kisah 2

ketika makan malam di restoran bersebelahan hotel, disapa lagi oleh seorang pakcik berpangkat ayah. Alhamdulillah, Allah temukan kami dengan seorang professor yang boleh berbahasa inggeris dengan baik. lama kami berbual dengannya pada malam itu, kerana keterujaannya berjumpa dengan 'malizi' seperti kami.

"apa pendapat kamu tentang Attarturk, jika orang luar menganggapnya sebagai 'traitor'?"
tanya seorang rakan dengan beraninya. mujurlah prof ini seorang yang berfikiran terbuka, maka dia tenang sahaja memberi respon.

"tidak. ramai antara kami menganggapnya sebagai wira, kerana dia yang mewujudkan negara Turki. dia yang menyelamatkan Turki semasa khilafah Ottoman di ambang kejatuhan. dia yang menyatukan bangsa Turki."

"ya... kami lihat hampir semua tempat dan kedai menggantung fotonya." yang lain turut mengangguk. seiring dengan rasa kejengkelan terhadap 'figure' itu, yang diangkat sebagai wira. makin bertambah serasanya memandangkan kami baru pulang dari muzium attarturk, yang menempatkan jasadnya, juga sejarah dan segala yang berkaitan dengannya.


kisah 3

suatu petang setelah pulang dari trip pada hari itu, kami rajinkan kaki ke agensi pelancongan yang terletak di sebelah hotel. lama kami berborak, kerana layanan dan kemesraan yang ditunjukkan amat menyenangkan. bukan dengan pekerja bawahan, tapi manager agensi itu sendiri.

penuh minat dia bercerita tentang kisah 'malizi' yang didengar dari ayahnya sewaktu mengerjakan haji. tentang orang Malaysia yang bersaiz kecil namun sangat sabar, selalu suka menasihati, dan macam-macam.

tiba-tiba masuk seorang lelaki yang biasa kami nampak di perkarangan hotel. reaksinya seperti sedang marah-marah, sambil berkata sesuatu dalam bahasanya, menendang-nendang meja dan kerusi. mujur ada beberapa orang lagi yang masuk bersamanya tadi, menenangkannya dan membawanya keluar.

"maaf kerana hal tadi. dia pekerja di sini. dia sedang mabuk. dia tak sedar apa yang dilakukannya." jelas seorang pekerja di situ.

"he's drunk? he's a muslim?" tanya seorang rakan yang terkejut dengan penyataannya.

"ya, dia seorang Muslim. tapi... negara kami tak seperti lain. negara kami mengamalkan kebebasan. kami boleh buat apa saja walaupun muslim." terangnya bersahaja.

okay... saya faham apa maksudnya...

setibanya di bilik.

"tadi tu saya duduk sembang dengan dia. sedar-sedar dah habis waktu. nak tanya, dia tak nak pergi solat ke, tapi tak tahu macamana." kata seorang rakan yang memang duduk lama di bilik agensi itu.



kisah 4

suatu malam pada hari kami akan bertolak ke destinasi seterusnya. duduk-duduk di dalam cafe hotel sementara menunggu bas untuk ke stesen bas ekspres, terdengar soalan seorang pelancong Jepun berpangkat pakcik awal 40-an kepada pekerja hotel, "kenapa mereka pakai 'benda' tu menutupi kepala mereka?" tanyanya sambil menunjuk pada dua orang rakan kami yang berada di luar cafe.

kami yang di dalam cafe yang jadi tersentak. kami kah yang dimaksudkan? segera kami bertiga menoleh ke arahnya. "oh, mereka Muslim, orang islam. kerana itu mereka tutup kepala mereka." jawab pekerja tersebut.

Pakcik itu yang baru menyedari kehadiran kami di situ menoleh. "ya, kami Muslim. kami perlu menutup kepala. kami hanya boleh membukanya di hadapan keluarga dan suami..." kami ambil peluang itu untuk menerangkan.

"oooh... ya? abang kamu?"

"ya. di depan kami boleh membukanya."

"sepupu?"

"tidak boleh, kerana kami boleh berkahwin dengannya."

dia mengangguk faham...

"kami juga dibenarkan membukanya sesama kami. tapi, tidak boleh sesama perempuan bukan Islam."

"ohhh... begitu. saya cuma bertanya kerana mereka hairan, adakah mereka perlu memakainya apabila pergi ke Egypt nanti, kerana kami akan pergi ke Egypt selepas ini." jelasnya sambil menuding pada dua orang perempuan muda yang bermusafir bersamanya.

oh... kami faham kekhuatirannya.

"tak perlu. mereka pakai sebegitu pun sudah cukup. hanya Muslim yang perlu pakai ini. lagipun orang Egypt sangat sukakan pelancong. kami pelajar dari Egypt. kami tahu. tak perlu risau."

dia mengangguk lagi.

"kamu tak pernah jumpa orang seperti kami di Jepun? ramai rakan-rakan kami yang menyambung pelajaran di sana." soal kami sambil memberitahu beberapa tempat yang ada taburan pelajar Malaysia di negaranya.

"hmmm.... saya rasa tidak pernah." balasnya sambil berfikir.

"kamu janganlah perlu rasa tak selesa dan pelik. kami tak berbeza apa-apa, tidak ada diskriminasi. sama saja seperti orang lain..." terang kami berlapik agar dia jelas.

"oh, tidak. tidak ada apa-apa. cuma berbeza budaya. saya faham, jangan risau." balasnya dengan senyuman, bimbang kami rasa tidak selesa agaknya.

'bukan budaya pakcik, tapi AGAMA...' balas saya sendiri... mendoakan dia jauh di sudut hati.

terharu dengan kesucian hatinya.

mendoakan moga kami berpeluang menerangkan kepadanya lagi tentang agama yang satu ini...














2 comments:

Izyan Hanis said...

nice sharing though :D
xsangka sungguh liberal kat sana

;O

N I A said...

>iezy: tq. em aa'h, agak terkejut jugak la pada mulanya.

 

bertatih di bumiNYA Design by Insight © 2009